![]() |
| kek cawan |
MENGAPAI IMPIAN
AS SALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WA BAROKATU
Popular Posts
-
Tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak merupakan waktu di mana perkembangan otak berlaku dengan pesat. Walaupun perkembanga...
-
mari menbaca Adakah anda tahu bahawa anda boleh melakukan perkara-perkara yang mudah di rumah untuk me...
Sunday, 15 March 2015
Friday, 13 March 2015
perkembangan otak kanak kanak
Tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak merupakan
waktu di mana perkembangan otak berlaku dengan pesat. Walaupun perkembangan
otak terus berlaku selepas itu tetapi tiga tahun pertama merupakan waktu yang
paling kritikal. Ketika ini otak lebih fleksibel dan bersedia untuk mempelajari
sesuatu. Berat otak bayi ketika dilahirkan ialah 25% daripada berat otak orang
dewasa. Ketika mencapai usia 3 tahun, otak bayi telah berkembang menjadi
berjuta- juta sel (yang terdiri dari neurons dan sel-sel otak yang lain).
Sel-sel ini kemudiannya bercantum untuk membentuk berjuta-juta “jalinan”
(synapses). Jalinan antara sel ini kemudian membentuk pusat kawalan yang
kompleks bagi perkembangan mental, emosi, fizikal dan spiritual.
Pengalaman-pengalaman awal, samada positif atau negatif yang
dialami oleh bayi dan kanak-kanak mempunyai kesan terhadap pembentukan
“jalinan” sel-sel otak. Otak beroperasi dengan menggunakan perinsip “use it or
lose it”. Hanya jalinan sel-sel yang sentiasa digunakan sahaja yang kekal. Perkembangan
bahasa merupakan satu contoh terbaik untuk menunjukkan otak beroperasi mengikut
perinsip tersebut. Pada usia 3 bulan, otak bayi berupaya membezakan pelbagai
bunyi percakapan. Beberapa bulan selepas itu, otak mula belajar mengenali bunyi
yang didengarinya. Pada peringkat awal, otak bayi mampu menyimpan bunyi yang
pernah didengarinya. Sebagai analogy, bayangkan kita membuang sesuatu dokumen
ke dalam “trash” di dalam komputer. Kita berupaya mencari semula dokumen
tersebut selagi dokumen tersebut tidak dibuang terus dari komputer. Ini juga
menerangkan mengapa kanak- kanak lebih mudah mempelajari pelbagai bahasa selain
dari bahasa ibunda. Pada umur 10 tahun kebolehan ini semakin berkurangan dan
jika masih tidak digunakan ia akan terus hilang. Kanak-kanak yang berumur 10
tahun ke atas masih mampu mempelajari bahasa asing tetapi memerlukan usaha yang
lebih. Kita boleh bayangkan ketika berusia seperti kita, mampukah kita
mempelajari bahasa asing dengan mudah semudah kanak-kanak di bawah usia 10
tahun?
Oleh kerana perkembangan otak bayi berkembang dengan aktif
dan bayi pula sentiasa berada bersama ibubapa pada peringkat awal, maka tidak
hairanlah ibubapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan mereka.
Sentuhan, pendengaran dan semua benda yang dilihat dan dihidu oleh bayi
membantu pembentukan jalinan sel-sel otak. Sebab itulah ibubapa digalakkan
meransang kesemua deria bayi dengan penuh kasihsayang untuk memastikan otak
berkembang dengan sempurna. Perkembangan otak akan terhenti sekiranya ransangan
tidak diberikan secara berterusan. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ransangan
yang sempurna biasanya mempunyai otak yang kecil berbanding dengan kanak- kanak
yang mendapat ransangan dan didedahkan kepada pelbagai pengalaman. Para doktor
mendapati, kanak-kanak yang dibesarkan di persekitaran yang kurang ransangan,
otak mereka lebih menyerupai otak pesakit "Alzheimer's".
Binatang-binatang yang dipelihara di zoo memunyai otak 20% - 30% lebih kecil
daripada binatang-binatang liar yang hidup di hutan.
Satu kajian yang telah dibuat ke atas 1000 orang kanak-kanak
yang terbiar tanpa ransangan, sentuhan, kasihsayang dan pengalaman yang sedikit
dengan alat-alat permainan (toys). Kajian tersebut mendapati kanak-kanak
tersebut mempunyai otak 20% - 30% lebih kecil dari kanak-kanak yang sebaya
mereka yang mendapat ransangan sempurna. Separuh daripada kanak-kanak tersebut
di dapati bahagian otak yang tidak mendapat ransangan telah hilang begitu
saja.
Satu lagi kajian mendapati, kanak-kanak yang mengalami
trauma seperti di dera dan melihat pembunuhan yang ngeri, mengalami kesan
fizikal dan emosi yang berterusan walaupun kejadian itu telah lama berlalu.
Kanak-kanak yang trauma ini mempunyai debaran jantung yang kuat, kadar hormon
"stress" yang tinggi dalam darah dan mengalami gangguan tidur. Semua
ini adalah disebabkan pengalaman ngeri yang mereka alami yang kekal tersimpan
di dalam otak mereka. Sekiranya trauma ini tidak ditangani dengan baik,
kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah emosi, tingkah laku dan pembelajaran.
Bayi dan kanak-kanak akan mempelajari sesuatu melalui
interaksi dengan persekitaran. Bayi menangis ketika lapar dan tidak selesa,
Apakah tangisan itu mendapat perhatian atau sebaliknya? Sekiranya ibubapa
memberi respon yang positif terhadap tangisan dan memenuhi keperluannya, bayi
itu akan merasa selamat (secure) dan memfokuskan perhatian untuk meneroka
persekitarannya. Ini akan membantu perkembangan otak bayi tersebut. Sebaliknya,
kalau tangisan dan keperluannya tidak mendapat perhatian dan tidak dihiraukan
ataupun mendapat perhatian secara negatif (seperti herdikan atau tengkingan),
bayi tersebut akan merasa tidak selamat dan memfokuskan seluruh perhatiannya
untuk memastikan keperluannya dipenuhi. Ini akan menyebabkan bayi tersebut akan
hilang tumpuan dan mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan persekitaran
(manusia dan objek). Lama kelamaan, sekiranya keadaan ini berterusan
perkembangan otak akan terbantut.
Mungkin kita tertanya-tanya, apakah pengaruh genetic
terhadap perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak? Faktor baka atau genetic
memang memainkan peranan dalam menentukan kepintaran dan kecerdasan seseorang
kanak-kanak, Namun begitu, keadaan keliling tempat seseorang itu membesar
sesungguhnya menjadi faktor penentu untuk menentukan sejauh mana bakat dan
kepintaran yang diwarisi itu akan meningkat dan berkembang. Dengan lain
perkataan, kedua-dua faktor ini saling kait-mengait dan bantu- membantu.
MY BABY BOY
![]() |
| mari menbaca |
Pastikan anak-anak memerhati kita membaca secara tetap. Apa yang kita baca tidak penting - apabila melihat kita membaca resipi, majalah, surat khabar, buku, dan bahan bacaan yang lain, ia akan mengukuhkan kepentingan membaca.
Untuk merangsang minat membaca, simpan bahan-bahan bacaan di seluruh rumah, di meja makan, di dalam bilik air, di dapur, di bilik tidur dan sebagainya. Ini akan meningkatkan dan memudahkan anak-anak mendapatkan buku-buku dan bahan bercetak. Bantu mereka untuk memahami bahawa membaca tidak hanya berlaku di sekolah - ia boleh berlaku di mana-mana sahaja. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang membaca di luar sekolah adalah pelajar yang lebih berpengetahuan dan berjaya.
Jika kita tidak begitu lancar membaca, bercakaplah dengan anak-anak mengenai gambar-gambar yang ada di dalam buku, majalah dan surat khabar. Ia adalah penting untuk anak-anak melihat usaha yang kita lakukan untuk memperolehi kebolehan membaca. Di samping itu, minta mereka membaca dengan kuat atau menceritakan semula tentang apa yang mereka telah baca dengan menggunakan perkataan dan ayat mereka sendiri.
Bawa anak-anak ke perpustakaan awam selalu. Gunakan segala kemudahan yang ditawarkan di perpustakaan tersebut. Kita boleh mendapatkan kad perpustakaan untuk meminjam buku, CD, dan DVD secara percuma! Pastikan anak-anak kita juga ada kad perpustakaan mereka sendiri bagi membolehkan mereka meminjam buku kegemaran mereka.
Galakkan anak-anak membaca dalam bahasa ibunda. Membangunkan kemahiran membaca dalam bahasa ibunda tidak akan menghalang keupayaan anak-anak untuk membaca dalam Bahasa Inggeris - ia akan membantu!
Jangan biarkan anak-anak menonton televisyen sehingga mereka telah melakukan pembacaan harian mereka.
Apabila anak-anak kita telah boleh membaca dengan baik, berbuallah dengan mereka tentang apa yang telah mereka baca. Apabila anak-anak selesai membaca suatu cerita, bincangkan idea-idea utama, perkataan-perkataan baru dan konsep penggunaannya, serta seksyen atau watak yang menjadi kegemaran mereka. Ini akan membantu untuk mengukuhkan tahap kefahaman mereka.
Dengan mengambil langkah-langkah ini di rumah, kita bukan sahaja akan menggalakkan anak-anak untuk membaca bahkan kita juga akan membantu mereka berjaya di dalam dan di luar kelas!
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)

