Tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak merupakan
waktu di mana perkembangan otak berlaku dengan pesat. Walaupun perkembangan
otak terus berlaku selepas itu tetapi tiga tahun pertama merupakan waktu yang
paling kritikal. Ketika ini otak lebih fleksibel dan bersedia untuk mempelajari
sesuatu. Berat otak bayi ketika dilahirkan ialah 25% daripada berat otak orang
dewasa. Ketika mencapai usia 3 tahun, otak bayi telah berkembang menjadi
berjuta- juta sel (yang terdiri dari neurons dan sel-sel otak yang lain).
Sel-sel ini kemudiannya bercantum untuk membentuk berjuta-juta “jalinan”
(synapses). Jalinan antara sel ini kemudian membentuk pusat kawalan yang
kompleks bagi perkembangan mental, emosi, fizikal dan spiritual.
Pengalaman-pengalaman awal, samada positif atau negatif yang
dialami oleh bayi dan kanak-kanak mempunyai kesan terhadap pembentukan
“jalinan” sel-sel otak. Otak beroperasi dengan menggunakan perinsip “use it or
lose it”. Hanya jalinan sel-sel yang sentiasa digunakan sahaja yang kekal. Perkembangan
bahasa merupakan satu contoh terbaik untuk menunjukkan otak beroperasi mengikut
perinsip tersebut. Pada usia 3 bulan, otak bayi berupaya membezakan pelbagai
bunyi percakapan. Beberapa bulan selepas itu, otak mula belajar mengenali bunyi
yang didengarinya. Pada peringkat awal, otak bayi mampu menyimpan bunyi yang
pernah didengarinya. Sebagai analogy, bayangkan kita membuang sesuatu dokumen
ke dalam “trash” di dalam komputer. Kita berupaya mencari semula dokumen
tersebut selagi dokumen tersebut tidak dibuang terus dari komputer. Ini juga
menerangkan mengapa kanak- kanak lebih mudah mempelajari pelbagai bahasa selain
dari bahasa ibunda. Pada umur 10 tahun kebolehan ini semakin berkurangan dan
jika masih tidak digunakan ia akan terus hilang. Kanak-kanak yang berumur 10
tahun ke atas masih mampu mempelajari bahasa asing tetapi memerlukan usaha yang
lebih. Kita boleh bayangkan ketika berusia seperti kita, mampukah kita
mempelajari bahasa asing dengan mudah semudah kanak-kanak di bawah usia 10
tahun?
Oleh kerana perkembangan otak bayi berkembang dengan aktif
dan bayi pula sentiasa berada bersama ibubapa pada peringkat awal, maka tidak
hairanlah ibubapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan mereka.
Sentuhan, pendengaran dan semua benda yang dilihat dan dihidu oleh bayi
membantu pembentukan jalinan sel-sel otak. Sebab itulah ibubapa digalakkan
meransang kesemua deria bayi dengan penuh kasihsayang untuk memastikan otak
berkembang dengan sempurna. Perkembangan otak akan terhenti sekiranya ransangan
tidak diberikan secara berterusan. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ransangan
yang sempurna biasanya mempunyai otak yang kecil berbanding dengan kanak- kanak
yang mendapat ransangan dan didedahkan kepada pelbagai pengalaman. Para doktor
mendapati, kanak-kanak yang dibesarkan di persekitaran yang kurang ransangan,
otak mereka lebih menyerupai otak pesakit "Alzheimer's".
Binatang-binatang yang dipelihara di zoo memunyai otak 20% - 30% lebih kecil
daripada binatang-binatang liar yang hidup di hutan.
Satu kajian yang telah dibuat ke atas 1000 orang kanak-kanak
yang terbiar tanpa ransangan, sentuhan, kasihsayang dan pengalaman yang sedikit
dengan alat-alat permainan (toys). Kajian tersebut mendapati kanak-kanak
tersebut mempunyai otak 20% - 30% lebih kecil dari kanak-kanak yang sebaya
mereka yang mendapat ransangan sempurna. Separuh daripada kanak-kanak tersebut
di dapati bahagian otak yang tidak mendapat ransangan telah hilang begitu
saja.
Satu lagi kajian mendapati, kanak-kanak yang mengalami
trauma seperti di dera dan melihat pembunuhan yang ngeri, mengalami kesan
fizikal dan emosi yang berterusan walaupun kejadian itu telah lama berlalu.
Kanak-kanak yang trauma ini mempunyai debaran jantung yang kuat, kadar hormon
"stress" yang tinggi dalam darah dan mengalami gangguan tidur. Semua
ini adalah disebabkan pengalaman ngeri yang mereka alami yang kekal tersimpan
di dalam otak mereka. Sekiranya trauma ini tidak ditangani dengan baik,
kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah emosi, tingkah laku dan pembelajaran.
Bayi dan kanak-kanak akan mempelajari sesuatu melalui
interaksi dengan persekitaran. Bayi menangis ketika lapar dan tidak selesa,
Apakah tangisan itu mendapat perhatian atau sebaliknya? Sekiranya ibubapa
memberi respon yang positif terhadap tangisan dan memenuhi keperluannya, bayi
itu akan merasa selamat (secure) dan memfokuskan perhatian untuk meneroka
persekitarannya. Ini akan membantu perkembangan otak bayi tersebut. Sebaliknya,
kalau tangisan dan keperluannya tidak mendapat perhatian dan tidak dihiraukan
ataupun mendapat perhatian secara negatif (seperti herdikan atau tengkingan),
bayi tersebut akan merasa tidak selamat dan memfokuskan seluruh perhatiannya
untuk memastikan keperluannya dipenuhi. Ini akan menyebabkan bayi tersebut akan
hilang tumpuan dan mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan persekitaran
(manusia dan objek). Lama kelamaan, sekiranya keadaan ini berterusan
perkembangan otak akan terbantut.
Mungkin kita tertanya-tanya, apakah pengaruh genetic
terhadap perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak? Faktor baka atau genetic
memang memainkan peranan dalam menentukan kepintaran dan kecerdasan seseorang
kanak-kanak, Namun begitu, keadaan keliling tempat seseorang itu membesar
sesungguhnya menjadi faktor penentu untuk menentukan sejauh mana bakat dan
kepintaran yang diwarisi itu akan meningkat dan berkembang. Dengan lain
perkataan, kedua-dua faktor ini saling kait-mengait dan bantu- membantu.

No comments:
Post a Comment